fbpx

Buat Goreng Inti Kacang Merah Yang Gebu. Sekejap Je Adunan Kembang.

iCookAsia

Biasa kita dengar Pau dikukus kan? Tapi resepi kali ini adalah Pau Goreng bersama Inti Kacang Merah. Admin boleh jamin ianya masih lembut, tengok sajalah pada gambar. Gebu, lembut dan yang paling best pada Intinya. 

Bila buat sendiri ni lebih puas, sebab boleh letak berapa banyak inti yang kita mahukan. 

Terima kasih Ida Zaida untuk perkongsian resipi Pau Goreng Inti Kacang Merah ini 🙂

Bahan A:

1 paket yis kering mauripan

2 sudu besar susu pekat

Anggaran 1 cawan air suam

2 sudu gula

(Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)

Bahan B:

4 cawan tepung gandum

2 sudu besar marjerin

2 sudu teh baking powder

1 sudu teh garam

(Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)

Bahan C:

½ cawan susu Full Cream/Fresh Milk

Cara membuat:

  1. Campurkan bahan A, B, C dan uli. Perap sekejap bagi kembang. Selepas itu, tumbuk untuk buang angin.
  2. Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.
  3. Agak-agak doh mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal, boleh mula menggoreng dengan api sederhana (pastikan minyak betul-betul panas).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Zaida (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x