Hidangan Kuey Teow ini siapa sahaja yang tidak suka. Merupakan hidangan yang wajib ada dijual di gerai tepi jalan untuk sarapan pagi. Tetapi, Kuey Teow ini bukannya boleh dimakan pada waktu pagi sahaja tau.
Ada juga yang menyediakan hidangan ini sebagai makan petang. Ataupun, dihidang pada tetamu yang dapat ke rumah. Wah, rindunya untuk ada tetamu datang ke rumah kan? Jom la buat untuk keluarga di rumah?
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Kuey Teow Goreng ini 🙂
Bahan tumis:
9 ulas bawang putih (dikisar)
4 tangkai cili merah (dikisar)
6 sb sos tiram
6 sudu besar sos cili
6 sudu besar kicap manis
Garam
Serbuk lada hitam
Bahan lain:
1 1/2 cawan air
3 paket kuey teow
1 mangkuk udang
3 keping tauhu (digoreng dan dibelah 6)
Tauge
Daun kucai
Cara membuat:
- Tumis bawang putih dan cili merah sehingga agak garing.
- Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
- Masukkan air.
- Apabila sudah mendidih, masukkan udang dan garam.Kacau rata dan masukkan kuey teow.
- Bila dah hampir masak masukkan tauhu goreng, tauge, daun kucai dan serbuk lada hitam.Kacau sekejap dan angkat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos