fbpx

Buat Hidangan ‘Snack’ Kacang Kuda Sira Cili. Buat Jualan Ni, Mesti Ramai Beli.

iCookAsia

Musim PKP ini, Admin pasti ramai yang melakukan kerja di rumah, baik yang sebelum ini bekerja di pejabat atau bekerja sendiri dan juga pelajar yang perlu hadapi kelas secara online. Betul tak? Dan Admin juga pasti, sambil buat kerja tu nak ada makanan yang sedap untuk dikunyah kan?

Jom, Admin kongsikan satu kudapan yang sangat sedap. Tak perlu beli di luar dah, buat sendiri je di rumah. Jimat masa. Jom cuba!

Terima kasih Noriz Tailor untuk perkongsian resipi Kacang Kuda Sira Cili ini 🙂

Bahan-bahan:

2 paket kecil Kacang Kuda (rendam 5 jam dan rebus hingga Empuk)

Sedikit Bijan di Sangai

Daun Karipole atau Kari 

1 biji  bawang Besar *

5 ulas bwang Putih *

15 tangkai Cili Kering (dikisar)*

Gula dan Garam 

Minyak untuk Menumis

Cara membuat:

  1. Tumis Minyak, dan masukkan Daun Karipole
  2. Masukkan bahan yang bertanda (*) (selepas di kisar).
  3. Bila Cili sudah mula nampak pecah minyak, masukkan Garam dan Gula. Perasakan ikut citarasa masing-masing. 
  4. Masukkan Kacang kuda dan gaul sehingga Cili melekat di Kacang kuda tadi.
  5. Masukkan bijan dan gaul.
  6. Tutup Api dan tunggu sejuk. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noriz Tailor (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x