fbpx

Buat Honey Lemon Chicken Menggunakan Air Fryer. Ayam Sedap, Berjus.

iCookAsia

Apabila disebut memasak dengan menggunakan perkakas dapur Air Fryer, sudah pasti proses memasaknya begitu senang. Bukan itu sahaja, makanan menjadi lebih sihat kerana anda akan mengurangkan penggunaan minyak masak atau tidak menggunakan langsung. Seperti perkongsian resepi di bawah, Honey Lemon Chicken, tidak menggunakan minyak masak langsung. Ayam menjadi lebih berjus, juga ditambah dengan perahan lemon, madu, butter jadi lebih senang serap. Haa, terliur tak? Jom cuba!

Terima kasih Fatin Hana untuk perkongsian resipi Honey Lemon Chicken ini 🙂

Bahan-bahan:

Kepak Ayam 500 gram 

Butter

Madu

Secukup rasa

3 biji bawang putih (ditumbuk lumat)

Air jus perahan lemon 3 sudu besar

Cara membuat:

  1. Gaul ayam bersama bawang putih, secukup rasa. Masuk ke dalam Air Fryer, setkan pada suhu 180 masa 15 minit. Selepas 7 minit, balikkan ayam.
  2. Panaskan 2 sudu besar butter. Masukkan madu dan perahan jus lemon. Masak sampai sedikit pekat.
  3. Masukkan ayam, gaul sampai sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatin Hana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x