fbpx

Buat Kek Puding Karamel Corak EXTRA, Corak Pelangi. Ikut Step-By-Step, Confirm Menjadi! Resepi #Ramadan

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu akan pencuci mulut Kek Puding Karamel kan? Sedap dimakan apabila ianya sejuk-sejuk. Betul penyejuk tekak kita pada musim panas ini. Tetapi, pernahkah anda terfikir untuk membuat hidangan ini nampak lebih menarik dan cantik? 

Seorang pengguna Facebook telah berkongsikan cara membuat Kek Puding Karamel corak Pelangi. Pelbagai langkah yang perlu diikuti. Pastikan anda ikut betul-betul, untuk dapatkan hasil yang cantik dan menarik ini. 

Terima kasih Fauziah Ali untuk perkongsian resipi Kek Puding Karamel Pelangi ini 🙂

Bahan A (Karamel)

4 sudu makan gula pasir

Loyang 4 persegi ukuran 8” x 8”

Caranya:

  1. Taburkan empat (4) sudu makan  gula pasir pada dasar loyang empat persegi ukuran 8”x 8” dan letak atas dapur gas dengan api kecil. Biarkan gula cair dan bertukar warna perang dan ratakan ke seluruh loyang dengan cara menggoyang-goyangkan loyang ke kiri dan ke kanan. 
  2. Ketepikan dahulu loyang.

Bahan B (Pudding)

3 biji kuning telur

2 biji telur (putih dan kuning)

1 tin susu cair / susu sejat 

80 gm gula kastor

1 sudu teh esen vanilla

Sedikit esen warna kuning (optional) 

Caranya:

  1. Hangatkan susu kira-kira 2 minit. Masukkan gula kastor, esen vanilla, telur dan esen warna kuning dan kacau dengan whisk hingga rata tetapi jangan sampai berbuih.
  2. Tapiskan bahan B dan masukkan ke dalam loyang bahan A.
  3. Ketepikan dahulu loyang.

Bahan C (Kek)

3 biji kuning telur

140 gm tepung naik sendiri

(Resepi asal guna tepung gandum campur 1 sudu teh baking powder dan diayak bersama)

70 gm gula kastor

135 ml air sejuk

45 ml minyak jagung

Esen warna kuning, hijau, biru, pink, atau apa2 warna mengikut kegemaran masing-masing.

Caranya:

  1. Ayak tepung naik sendiri dan ketepikan. 
  2. Satukan kuning telur, gula, air, minyak, esen vanila dan putar hingga berbuih dan kembang.
  3. Masukkan  tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga sebati.
  4. Ketepikan dahulu adunan.

Bahan D (Meringue)

6 biji putih telur

70 gm gula kastor

1 sudu teh cream of tartar 

Caranya: Putar putih telur hingga berbuih dan kembang baru masukkan gula kastor dan cream of tartar dan putar lagi hingga putih telur betul-betul kental. (Terbalikkan tak jatuh).

Cara penyediaan: 

  1. Campurkan bahan D (meringue) dengan bahan C dan gaul hingga rata dan sebati dengan menggunakan spatula secara kaedah kaup balik.
  2. Bahagikan adunan  kepada empat (4) bahagian dan gaulkan dengan esen warna kuning, hijau, biru dan pink atau dengan apa-apa warna mengikut kegemaran masing-masing.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada bahan A (Karamel) dan B (Puding) tadi bermula dari tengah loyang dan lapis secara berselang seli dengan warna kuning, hijau, biru dan pink hingga adunan habis. Tuangkan setiap warna sebanyak tiga sudu makan dan akhir sekali sebanyak dua sudu. Jangan bimbang kek tak akan tenggelam. Ia akan terapung sebab ringan. 
  4. Sediakan air panas.
  5. Masukkan loyang  kek ke dalam loyang berukuran lebih besar yang berisi dengan air panas. Bakar kek secara water bath.
  6. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit. 
  7. Letakkan loyang di bahagian rak oven paling bawah sekali.
  8. Bakar kek pada suhu 170 degree selama 40 minit dengan api bawah sahaja. Tambah 15 minit lagi dengan  menggunakan api atas dan bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing ya.
  9. Bila kek telah masak biarkan dahulu di dalam oven selama 10 minit dengan  pintu oven direnggangkan baru keluarkan dan biarkan kek sejuk dahulu hingga kek lekang daripada loyang. Boleh simpan dulu selama sejam di dalam fridge. Baru keluarkan kek tersebut.
  10. Tunggu kek sejuk baru terbalikkan loyang. Jika terbalikkan masa kek masih panas nanti karamel atau puding akan pecah.
  11. Perlahan-lahan terbalikkan loyang dengan lapisan karamel berada di atas dan cepat-cepat lapkan lebihan air yang ada pada kek.
  12. Sejukkan kek di dalam peti sejuk dahulu baru potong dan dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fauziah Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x