Kadang-kadang itu, mulut ni teringin sahaja pencuci mulut atau benda manisan kan. Apabila disebut manisan, Admin terfikir Kek lah. Kemudian, apabila terjumpa perkongsian resipi Kek Red Velvet ni pula, lagi bertambah terliur. Dengan Cream Cheese Frosting pula, letak banyak-banyak mesti lagi puas kan?
Terima kasih N Amilin Razawi untuk perkongsian resipi Kek Red Velvet dengan Cream Cheese Frosting ini 🙂
Bahan untuk membuat Kek:
3 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu besar ovalette
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil red velvet paste
3 sudu besar perahan lemon
1 cawan tepung naik sendiri
Cara membuat:
- Pukul semua bahan kecuali tepung sehingga kembang dan ringan. Tuang adunan ke dalam bekas, gaul sebati bersama tepung.
- Alaskan loyang 6 inci dengan baking paper. Tuang ke dalam loyang. Panaskan Air Fryer selama 5 minit sebelum masukkan adunan kek. Air Fryer jenama, Russell Taylors pada suhu 170, 20 minit.
Bahan untuk cream cheese frosting:
1 cawan cream cheese
1/2 cawan butter/marjerin
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil cuka
Caranya:
- Pukul semua bahan sehingga kembang, ringan dan bertukar warna.
- Ratakan di atas kek. Sejukkan di dalam peti sejuk minimum 1/2 jam sebelum dimakan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: N Amilin Razawi (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/