fbpx

Buat Kuih Cara, Rupa Buah Tembikai. Ikut Cara Ni, Pasti Anak-Anak Suka.

iCookAsia

Kuih Cara, Kuih Tradisional yang sangat lembut dan cair gula apabila kunyah. Menggunakan acuan yang tersendiri, ini yang membuatkan bentuknya lain daripada kuih yang lain. 

Kalau dah bosan Kuih Cara Manis Pandan Hijau tu, boleh la jadi kreatif seperti seorang pengguna Facebook ini dimana beliau membuat Kuih Cara Tembikai. Bukannya rasa seperti Tembikai, tapi rupanya sahaja. Ini pasti anak-anak bertambah suka dan excited nak makan. 

Terima kasih Nor Al Fatihah untuk perkongsian resipi Kuih Cara Tembikai ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

2 cawan santan sederhana pekat

1 1/2 cawan air daun pandan

(kisar 4 helai daun pandan saiz besar bersama 1 1/2 cawan air dan tapis)

1 biji telur A atau B

1 sudu teh garam halus

Pewarna merah, putih dan hijau

Gula secukupnya untuk inti

1-2 helai daun pandan (disiat dan di ikat hujungnya)

Bijan hitam

Sedikit minyak (untuk oles pada acuan)

Cara membuat:

  1. Satukan tepung, garam, telur, santan dan air daun pandan. Kacau sebati dan tapiskan.
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan merah paling banyak. Adunan putih dan hijau sama banyak. Masukkan ke dalam acuan atau cawan muncung supaya senang untuk tuang ke dalam acuan.
  3. Panaskan acuan kuih cara. (“Saya guna acuan bahulu cermai saja”). Oles acuan dengan minyak menggunakan daun pandan yang diikat hujungnya. Kemudian, tabur dalam 10-15 biji bijan hitam sebagai biji tembikai. 
  4. Tuang adunan merah hingga setengah acuan. Biar 5 saat, kemudian tuang adunan putih di atasnya dan tuang gula di tengah-tengah sebagai inti. Letak 1/2 sudu kecil sahaja. 
  5. Biar beberapa saat dan kemudian, tuang adunan hijau. Tutup dengan penutup periuk dan biarkan selama 5 minit. Cungkil dengan belakang sudu dan angkat.
  6. Ulang langkah yang sama hingga habis. Setiap kali nak tuang adunan baru, sila sapu minyak pada acuan. Sedia di hidangkan panas-panas atau sejuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x