fbpx

Buat Kuih Lapis Ikut Acuan Kek. Nampak Cantik Dan Comel, Boleh Jadikan Kek Ni Sebagai Buah Tangan.

iCookAsia

Semakin lama, semakin kreatif rakyat Malaysia dimana sesetengah daripada kita mengubah cara tradisi hidangan untuk kuih-kuih tradisional kita. Seperti seorang Facebook ini, dimana beliau menukar cara hidangan Kuih Lapis kepada cara hidangan sebiji Kek. Maka jadilah, Kek Kuih Lapis. Sangat kreatif dan comel. Dan kalau anda ikut resipi ini betul-betul, hasilnya memang sedap. Boleh lah lepas ni tukar pemberian Kek biasa kepada jenis kuih tradisional ini pula. Hehe..

Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Kuih Lapis ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum 

1 kotak santan 200ml

1 cawan gula

4 cawan air 

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Bancuh semua bahan di atas.
  2. Tapis dan bahagikan untuk warna.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Sapu loyang dengan minyak.
  5. Kukus selapis-selapis selama 5 minit setiap lapis. Kukus sampai masak. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x