fbpx

Buat Kuih Puteri Ayu Perisa Pandan Dan Coklat Dengan Mudah. Ikut Resepi Ni, Confirm Menjadi.

iCookAsia

Kuih Puteri Ayu, kuih tradisional Melayu yang rasanya memang cukup berlemak manis. Cukup rasanya dengan haruman daripada daun pandan. Kalau tak ada daun pandan, boleh sahaja gunakan perasa pandan dan ditambah dengan pewarna hijau. 

Tetapi, seperti pengguna Facebook ini beliau membuat Kuih Puteri Ayu Perisa Coklat guna. Lain daripada lain. Nampak sedap, dan anak-anak pasti suka.

Terima kasih Suriana Mohamed untuk perkongsian resipi Kuih Puteri Ayu ini 🙂

Bahan-bahan:

3 biji telur

1 sudu ovalette

1 sudu esen vanilla

5 sudu gula

3 sudu susu pekat

3 cawan gandum

½ sudu baking powder

1 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)

Secubit garam

1 sudu tepung ubi

Cara membuat:

  1. Telur, ovellete, gula dipukul sampai kembang dan gebu.
  2. Masukkan esen vanila dan susu pekat dan whisk lagi.
  3. Ayakkan tepung gandum dengan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit.
  4. Selepas itu, letakkan perasa pandan dan pewarna hijau.
  5. Panaskan kukusan. Sambil itu, gaul kelapa, garam, tepung ubi dan kacau sampai sebati.
  6. Masukkan kelapa salam acuan dan letakkan adunan tadi. 

*Untuk adunan Puteri Ayu Coklat, boleh tukar perasa panda dan pewarna hijau kepada serbuk koko 3 sudu dan Milo 5 sudu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suriana Mohamed (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x