Bulan Syawal hampir tamat, anda sudah makan semua jenis Kuih Raya? Bagaimana pula dengan Kuih-kuih yang wajib ada pada hari raya, seperti Biskut Semperit ni?
Rugi raya kita kalau tidak berpeluang makan kuih raya legend ni. Haa, kalau tidak dapat jumpa Biskut ini dimana-mana, boleh lah cuba buat sendiri di rumah. Kalau ada oven di rumah, boleh ikut resepi daripada seorang pengguna Facebook ini.
Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Biskut Semperit Klasik ini 🙂
Bahan-bahan:
250g butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
*Whisk semua hingga sebati
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara membuat:
- Masukkan bahan tepung sedikit demi sedikit.
- Gaul-gaul rata sampai ianya sebati.
- Boleh tekan dengan acuan dalam dulang pembakar. Guna acuan pecah 10 di dalam resepi ni.
- Bakar pada suhu 160’C, selama 15 – 20 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos