fbpx

Buat Kulit Ayam Crispy Menggunakan Telur Je Tanpa Perlu Risau Kolesterol Banyak

iCookAsia

Sebut sahaja Kulit Ayam, gerenti ramai yang suka. Mana tidaknya, dengan bunyi nya yang sangat rangup lagi sedap nak makan. Ramai yang suka makan kulit ayam tapi risau dengan kolesterol yang banyak. 

Tapi sebenarnya anda boleh nikmati kulit ayam ini tanpa menggunakan ayam pun tau. Ini dia resepi kulit ayam version sihat. Jom kita try.

Terima kasih Dalila Bidin untuk perkongsian resipi Kulit Ayam Crispy ini 🙂

Bahan-Bahan:

4 biji telur (ikut suka nak banyak mana)

Tepung bestari kering

Tepung bestari basah

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, pecahkan telur dan goreng telur tersebut menjadi telur dadar.
  2. Kemudian, pastikan telur dadar itu nipis sahaja dan koyakkan dengan menggunakan tangan untuk kelihatan seperti kulit ayam.
  3. Apabila telur sudah dikoyakkan, celupkan ke dalam tepung yang basah.
  4. Gaulkan dalam tepung kering dan gaulkan sehingga semua telur bersalut. Renjiskan secara perlahan untuk buang lebihan tepung.
  5. Seterusnya, sudah boleh goreng dan boleh dihidangkan.

Senang kan? Lebih sihat tau dengan cara ini. Makan dengan sos lagi sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Dalila Bidin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x