fbpx

Buat Manisan Agar-Agar Kering Di Rumah. Kalau Cuaca Tak Panas, Kena Jemur Sampai 4 Hari Ni.

iCookAsia

Puding atau Agar-Agar biasanya kita akan hidangkan dengan suhu yang sejuk. Ianya sebagai penyejuk tekak pada musim panas. Tetapi, tidak kepada seorang pengguna Facebook ini. Musim panas dah berlalu sedikit, jadi beliau buat Agar-agar Kering ini. Kalau Admin ini dulu, ianya jajan untuk orang dulu-dulu. 

Yang belum pernah cuba tu, jom buat!

Terima kasih Nur Husna Syahira Mohamed untuk perkongsian resipi Agar-agar Kering ini 🙂

Bahan-bahan:

Agar-agar tali 60gm

2 cawan gula batu

4 cawan gula pasir

16 cawan air

4 helai daun pandan

Pewarna ikut suka

Cara membuat:

  1. Agar-agar direndamkan sekejap bagi lembut. Selepas itu, toskan dan masak semua bahan sampai mendidih dan larut.
  2. Tapis dan selepas itu, letak dalam bekas asing-asing. Ikut nak berapa warna dan tambah pewarna kesukaan anda.
  3. Biar sampai beku dan kemudian, boleh lah potong-potong dan jemur sampai kering.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Husna Syahira Mohamed (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x