Admin pasti ramai daripada kita yang kalau nak masak masakan yang menggunakan Mee pasti beli yang sudah siap di pasaran kan? Tapi pernah tak terfikir untuk buat sendiri di rumah Mee ini? Memang nampak macam leceh tapi sangat berbaloi bila buat sendiri ini.
Rupa Mee yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook ini berupakan Keuy Teow kerana tak ada mesin untuk Mee itu. Tapi tak apa, masih menjadi. Kenyal-kenyal dan rasa lebih selamat bila buat sendiri ini.
Terima kasih Sal SY untuk perkongsian resipi Mee Homemade ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Larut garam dalam air dan tuangkan air sedikit demi sedikit dahulu dalam tepung.
- Gaul rata uli doh hingga licin, renjis tepung banyak-banyak dan gelek doh dengan kayu pengelek hingga doh jadi nipis.
- Lipat doh dan potong halus. Buka doh yang dipotong dan renjis tepung.
- Panaskan air hingga mendidih dan masukkan minyak 2 sudu besar dalam air rebusan. Rebus mee hingga lembut angkat toskan airnya dan rendam dalam air paip untuk sejukkan mee.
- Mee dah sejuk boleh toskan air dan boleh guna untuk masak mee goreng atau mee kuah.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sal SY (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos