fbpx

Buat Mee Kuah Udang Pun Sedap. Mudah Dan Mengenyangkan!

iCookAsia

Kadang-kadang mesti rasa bosan nak makan nasi sahaja kan. Apa kata kali ini cuba resepi Mee Kuah Udang versi Penang pula. Tengok bahan pun mudah sahaja nak buat. Yang penting, mesti sedap apatah lagi hirup kuah mee ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Maznie Rosli perkongsian resipi Mee Kuah Udang ini 🙂

Bahan-bahan:

1 kg udang besar

3 bungkus mee kuning

1 labu bawang putih (dicincang)

2 biji bawang besar (dimayang)

1 senduk cili boh atau cili giling

1 tin kimball tomato soup tin

1/2 bowl sos tomato

1 bowl sos cili

1 bowl sos tiram

1 sudu besar gula

1 sudu cukup rasa

3 batang sawi

1 biji tomato

3 batang daun sup+bawang

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bawang putih kemudian masukkan bawang besar.
  2. Masukkan udang dan masukkan cili boh atau cili giling. Kacau sampai pecah minyak dan udang separuh masak.
  3. Kemudian, masukkan air. Kalau ada stock air udang atau air rebusan ketam lagi sedap.
  4. Masukkan semua jenis sos di atas dan perasakan.
  5. Akhir sekali, apabila kuah sudah menggelegak, masukkan sayur dan mee.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maznie Rosli(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x