Bawang putih ini memang sudah dikenali dengan pelbagai kelebihan dalam khasiat. Kalau baca perkongsian daripada seorang Facebook memang seronok.
“Minum sesudu malam, bila bangun pagi, hilang lenguh-lenguh bisa-bisa dan nyeri badan. Cergas je badan kak Chik bangun pagi, mengemas, menyental, menyapu, menaip.. hihi 😁
Kalau nk ambil bawang putih segar, ketuk dulu, biarkan 10 minit untuk meningkatkan khasiat. Baru makan dengan nasi panas.
Umur dah meningkat ni, badan selalu lenguh-lenguh, bisa-bisa. Cuba lah herba-herba yang ada di dapur, MashaAllah memang berkesan. Tapi jangan terlalu kerap ambil herba yang sama, sebab bila badan kita dah lali, herba seperti tiada fungsi.
Selang selikan dan pelbagaikan dengan rebusan herba-herba lain seperti halia, kunyit, serai, lada hitam, jintan, ketumbar dan lain-lain.”
Jom kita tengok pula cara penyediaan Minyak bawang putih dengan tahan lama. Kalau selesa dan boleh minum 1 sudu dengan begitu sahaja, boleh la cuba. Tapi buat yang tak boleh telan, boleh makan minyak bawang ini bersama Bubur Nasi, Mee Kolok, masakan yang bersup dan lain-lain lagi
Terima kasih Humairah Al-Hamra untuk perkongsian resipi Minyak Bawang ini 🙂
Bahan-bahan:
Bawang putih
Minyak masak
Cara membuat:
- Kisar kasar bawang putih.
- Goreng dengan api sederhana dan menggunakan minyak yang banyak hingga sedikit keperangan.
- Sejukkan dan simpan dalam botol kaca. Tutup rapat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Humairah Al-Hamra (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos