fbpx

Buat Muffin Jagung Dengan Mudah. Kalau Buat Jualan, Confirm Laku Keras.

iCookAsia

Hidangan Muffin ini kebiasaannya dihidang pada majlis keramaian atau dihidang pada tetamu. Tetapi memandangkan pada musim PKP ini, kita tidak boleh ziarah-menziarahi jadi tidak dapat lah buat hidangan comel ini. 

Jangan risau, jika anda seorang ibu, resepi ini boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak anda di rumah pada musim PKP ini. Seronok tau. Hasilnya pula sangat sedap dan gebu. Boleh lah dibuat sebelum makan petang, kemudian makan bersama keluarga. 

Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Muffin Jagung ini 🙂

 

Bahan A

2  Cawan tepung gandum

1  Sudu teh soda bikarbonat

1  Sudu teh baking powder

*Semua bahan diatas diayak bersama.

Bahan B

1 Biji telur  (dipukul sedikit)

1 Cawan jagung berkrim

3/4 Cawan gula

1 Cawan minyak jagung

1 Sudu teh perisa jagung

Sikit garam dan pewarna kuning

*Semua bahan ini digaul bersama.

Cara membuat:

  1. Gaul bahan A dengan bahan B.
  2. Setelah rata masukan kedalam paper cup.
  3. Bakar selama 20 – 25 minit pada suhu kepanasan 180 (ikut kepanasan oven masing-masing). 
  4. Sejukkan muffin baru dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x