fbpx

Buat Muruku Kacang Peas Sebagai Kerepek Raya. Resepi Tanpa Telur Dan Serbuk Perasa. Sihat!

iCookAsia

Selain Biskut Raya, pelbagai jenis hidangan Kerepek juga turut dihidangkan kepada tetamu sebagai Kuih Raya. Lebih-lebih lagi pada orang Johor, memang gemar betul dengan kerepek. 

Untuk resepi kali ini adalah resepi Muruku. Tapi bukan Muruku biasa tahu, Muruku ini berperisa Kacang Peas dan ianya tanpa telur dan Serbuk Perasa. Haa, yang mengamalkan vegan mungkin boleh cuba atau yang sedang diet. Jom cuba buat untuk Raya nanti!

Terima kasih Fatin Damia untuk perkongsian resipi Muruku Kacang Peas ini 🙂

 

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

2 cawan tepung kacang peas

1 cawan santan 

1 sudu kecil garam

2 sudu besar gula

2 sudu besar marjerin – dicairkan

1 cawan air suam

Cara membuat:

  1. Campurkan air, gula dan garam. Ketepikan. 
  2. Kacau santan dan marjerin sampai sebati. Ketepikan.
  3. Masukkan semua bahan nombor 1 dan 2 ke dalam Tepung beras dan tepung kacang peas. Gaul sebati dan uli. 

*Jika adunan keras, masukkan sedikit lagi air dan uli lagi sampai menjadi doh.

  1. Leperkan doh senipisnya dan potong memanjang. Saiz serta lebarnya terpulang pada citarasa masing masing. Boleh juga menggunakan acuan maruku jika suka. 
  2. Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah siap dipotong tadi dan goreng maruku sampai garing menggunakan api sederhana besar. 
  3. Sejuk dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatin Damia (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x