fbpx

Buat Nasi Goreng Tomyam Sebijik Rasa Macam Maggi Tomyam. Makan Dengan Keropok Keping Lagi Bertambah Sedap!

iCookAsia

Kalau anda suka Maggi Tomyam, sudah pasti anda juga suka Nasi Goreng Tomyam. Lagi sedap, kalau rasa nya sebijik tapi lagi extra rasanya. Guna kuib pati tomyam yang korang suka, gunakan dalam masakan, confirm sedap. 

Terima kasih Noorhafizah Ismail untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Tomyam ini 🙂

Bahan-bahan:

Udang atau sotong 

Bawang di blend atau tumbuk (bawang merah dan putih) 

Satu sudu cili kisar (untuk bagi nampak merah) 

Daun limau purut

Serai (dihiris)

Cili padi (taknak letak pun tak mengapa) 

Kiub pati tomyam

Kubis bunga dan carrot

Cara memasak:

  1. Panaskn minyak dan tumis bawang dan cili kisar seketika.
  2. Agak-agak sudah naik bau tu, masukkan kiub, daun limau dan serai. Kacau sebati dan masukkan sedikit air kalau pekat. 
  3. Seterusnya masukkan udang. Apabila sudah nak dekat kering, masukkan nasi. Kacau sekejap dan masukkan sotong dan sayur.
  4. Masukkan perasa, garam letak sikit sahaja sebab kiub sudah rasa masin juga.
  5. Dah siap boleh dimakan bersama keropok keping.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noorhafizah Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x