Kadang-kadang mesti teringin nak makan hidangan yang mudah dan sedap kan? Apa kata cuba buat Paprik Ayam ini. Lagi best dengan adanya ayam dan sayur-sayuran. Lengkap. Bukan itu sahaja, tak ada lauk lain pun dah cukup.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nora Abdullah perkongsian resipi Paprik Ayam ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Tumis):
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih (tumbuk-tumbuk)
Halia (hiris-hiris)
Serai (titik)
4 biji cili padi (tumbuk sekali)
5 helai daun limau purut
(Tumis semua sekali dalam kuali, boleh pakai sahaja minyak lebihan goreng ayam)
Bahan B (Untuk Sos):
Sos tiram
Sos tomato dan sos cili
(Boleh agak sahaja berapa banyak, dan boleh lebihkan sos tomato)
Bahan C (Untuk sayur):
Carrot
Bunga kubis
Kacang panjang atau kacang buncis
Tomato
Cara membuat:
- Mula-mula, gorengkan ayam yang sudah dipotong dadu.
- Gaulkan dengan garam, kunyit, tepung jagung 1 sudu besar dan sedikit perasa dari maggi cukup rasa. Goreng garing dan angkat.
- Garam dan gula tidak digunakan sebab sos tomato, sos cili dan sos tiram sudah cukup perasa.
- Kemudian, tumiskan dulu bahan-bahan A dan kemudian masukkan sos.
- Masukkan sedikit air untuk bagi balance dan ada kuah.
- Akhir sekali, jika sudah menggelegak, masukkan sayur dan ayam. Jangan masak sayur terlalu lama. Dah siap, boleh dihidangkan.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nora Abdullah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity