Memandangkan musim panas sekarang ini, sudah pasti tekak ni nak air sejuk dan makanan yang menyamankan betul tak? Tapi, bila dah minum air kosong, nak pula pada pencuci mulut yang sejuk.
Jom Admin kongsikan resepi yang mudah dan legend ini.
Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Agar-Agar Santan Gula Melaka ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
Daun pandan
1 cawan air
4 sudu masak gula (3 sudu masak ditambah lagi)
1 cawan santan pekat
1 biji telur
Sedikit agar-agar tali
Esen vanilla
Cara penyediaan:
- Masak 1 cawan gula merah bersama daun pandan, 1 cawan air dan 4 sudu masak gula. Masak hingga gula larut. Kemudian, tapis dan ketepikan dulu.
- Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan santan dan pukul sebati.
- Masukkan esen vanilla sikit atau nk blend pun boleh. Kemudian ketepikan.
- Potong sikit agar-agar tali dan masuk ke dalam periuk. Masuk air ikut tenggelam agar-agar sahaja.
- Masuk gula 3 sdm lagi, kacau hingga agar-agar larut dan mendidih.
- Tapis masuk dalam gula merah tadi.
- Seterusnya, masuk kembali ke dalam periuk. Masak lagi dan apabila dah nampak nak mendidih, tuang adunan telur dan santan tadi. Kacau sebati. Tunggu hingga mendidih dan tutup api.
- Tuang ke dalam loyang. Basahkn sedikit loyang sebelum tuang. Tunggu sejuk sikit, baru masuk dalam peti ais.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos