fbpx

Buat Penggemar Hidangan Hati Lembu, Patut Cuba Masakan Sweet Sour Ini. Boleh Buat Anda Jatuh Hati Tau.

iCookAsia

Pada bahagian seekor lembu yang dibuat makanan, sudah pasti ada bahagian organ dalaman seperti Hati Lembu. Ini boleh dibuat makan tau. Tidak ramai yang gemar nak makan. Ada yang mempercayai ianya tidak elok untuk minda. Tetapi, ianya tiada bukti yang sahih lagi. 

Haa, buat yang gemar makan hati Lembu, Admin pasti masakan yang selalu dibuat ialah sambal kicap, sambal atau goreng kunyit seperti biasa. Tetapi pernahkan anda cuba untuk membuat masakan Sweet Sour? Biasa dengan masakan ni dengan Ikan Siakap je kan? Jom cuba dengan hati lembu pula. 

Terima kasih Leha Yusuf untuk perkongsian resipi Hati Lembu Sweet Sour ini 🙂

Bahan-bahan:

300gm hati lembu

3 sudu besar  cili kisar

3 sudu besar Sos cili 

3 sudu besar Sos tomato

1 sudu kicap manis

1 biji bawang besar 

3 ulas bawang putih 

1/3 Kayu manis Ceylon 

Sedikit  bunga lawang

1 batang serai

3 helai daun limau 

1/2 inchi halia

1 biji tomato 

5 biji cili padi (Pecahkan sahaja)

Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, kayu manis Ceylon, Serai, daun limau dan halia. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, cili padi, kacau rata. Masukkan hati yang telan direbus tadi. Letak garam sedikit. 
  4. Akhir sekali, masukkan tomato dan kacau rata. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Leha Yusuf (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x