Apabila disebut hidangan Tomyam ini dikira level biasa-biasa sahaja lah. Tetapi kalau disebut Tomyam Goong, memang dah boleh agak rasa dan kepekatan sup tu betul-betul KAW dari Thailand.
Nak ke Thailand, tak boleh la pula kan. Jadi, apa kata kita buat sendiri? Mungkin rasanya tidak lah betul sama tapi seakan-akan sama pun dah boleh puas kan tekak dan selera makan kita kan? Dah ada pes, senang la nak buat Tomyam lepas ni di rumah.
Terima kasih Siti Fatimah Abas untuk perkongsian resipi Pes Tomyam Gong ini 🙂
Bahan A:
5 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
5 sudu besar cili merah yg dah blend
1 biji tomato buang biji
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
*Semua bahan diatas blend sekali
Bahan B
15 ekor kepala udang blend dengan 1/2 awan air dan tapis
*Ambil airnya untuk campuran menumis bahan-bahan diatas
Caranya:
- Panaskan 1/2 cawan minyak
- Tumiskan bahan di atas sehingga pecah minyak.. Masukan air dari bahan B. Renehkan sehingga betul-betul kering dan pekat dengan api yang kecil.
- Dah masak sejukan dulu sebelum simpan dalam bekas atau botol.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Fatimah Abas (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/