Kalau teringat isu Ikan Siakap baru-baru ini, mesti teringat masakan Ikan Stim atau Ikan Tiga Rasa kan? Hmm, bosan lah. Sekali sekala, jom buat Ikan Bakar.
Untuk pesnya pula, jangan risau. Jom Admin kongsikan cara membuat Pes untuk Ikan Bakar ini. Kata seorang pengguna Facebook ini, resepi ni daripada Kedai yang beliau pernah bekerja dahulu. Haa, sedap tu kan… Nak buat untuk Ayam Bakar pun boleh!
Terima kasih Imah Arissa untuk perkongsian resipi Pes Ikan Bakar ini 🙂
Bahan- bahan:
10 tangkai cili kering (kuantiti mengikut tahap kepedasan anda)
2 batang serai
Halia dan Lengkuas (sebesar ibu jari)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Santan kotak kecil
Gula, garam/serbuk perasa secukupnya
Cara membuat:
- Kisar cili kering, serai, halia, lengkuas, bawang besar dan bawang putih.
- Kemudian, masak untuk beri bahan kisar sedikit pekat.
- Masukkan serbuk perasa secukupnya.
- Selepas itu, boleh lah bakar ikan menggunakan Pes ini. Nak guna pada Ayam pun boleh.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Imah Arissa (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos