Kadang-kadang mesti teringin nak makan Pizza kan? Dengan kepelbagaian topping nya, memang rambang mata nak pilih. Tapi kalau anda semua buat sendiri lagi best, dapat letak banyak topping mengikut kesukaan masing-masing.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Cik Puan Naima perkongsian resipi Pizza Homemade ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Doh Pizza):
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1 sudu besar mauripan
1/2 sudu kecil gula dan garam
1 sudu besar minyak masak
Boleh dapat 1 biji bersaiz sederhana
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan air suam, yis dan gula serta tunggu ia berbuih dalam 3 hingga 4 minit.
- Kemudian, campurkan tepung, garam dan minyak. Sebatikan.
- Campurkan tepung dan yis tadi. Uli dan bulatkan.
- Tutup pakai kain basah dan tunggu naik sekali ganda dalam 20 hingga 30 minit.
- Seterusnya, canai doh atas tray mengikut ketebalan yang diinginkan, cucuk-cucuk pakai garfu sikit-sikit doh itu supaya keluar angin.
- Akhir sekali, bakar doh sekejap dalam 5 minit pada suhu 150°c.
Bahan B (Topping):
Sos spaghetti
Hirisan sosej
Daging cincang
Cheddar
Mozarella cheese
Cara membuat:
- Mula-mula, letakkan lapisan sos spaghetti, hirisan sosej dan daging cincang.
- Taburkan cheddar dan mozarella cheese.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 180-190°c dalam masa 15 hingga 25 bergantung pada oven anda.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Naima(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity