fbpx

Buat Puding Buah Naga Sebagai Penyejuk Tekak Bila Cuaca Panas. Banyak Tips Bermanfaat Ni!

iCookAsia

Anda peminat Buah Naga? Kalau ya, anda patut cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Bahan yang digunakan pun memang sangat mudah untuk dapatkan di mana-mana kedai runcit atau pasaraya. 

Tetapi, apa yang anda perlu ambil perhatian pada info penting yang dikongsikan oleh beliau. Barulah hasilnya menjadi. Yang penting, memang sedap di makan pada waktu cuaca panas. Segar tekak!

Terima kasih Nurhayati Abd Malek untuk perkongsian resipi Puding Buah Naga ini 🙂

     

Bahan-bahan:

1 biji buah naga (isi merah) 

1 paket agar-agar bertali (20gm) 

750 ml susu cair

750 ml air kosong

1 cawan gula kastor (Boleh kurangkan) 

*Resepi ini untuk hidangan loyang bersaiz 7″.

Cara membuat:

  1. Mula-mula, buah ni potong dulu kecil-kecil. Potong ikut suka. Dah siap, ketepikan dulu.

  1. Di dalam periuk, masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.

  1. Bila tali agar-agar tadi sudah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.

  1. Dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. 

*Rasa dahulu. Kalau kurang manis tambah lah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah. Kacau hingga gula sebati.

  1. Masukkan buah naga tadi. Kacau lagi. 

  1. Kemudian tutup api dan masukkan ke dalam loyang yang disediakan tadi.

  1. Biarkan seketika di luar kemudian masukkan dalam peti ais.

Nota: Bancuhan agar-agar bertali boleh lihat cara di belakang paket. Yang digunakan dalam resepi ini perlu bancuh 1500ml air. Jadi, bahagikan dua 750mls air ditambah dengan 750ml susu cair. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurhayati Abd Malek (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x