fbpx

Buat Resepi Ayam Thai, Mesti Ramai Suka Dengan Rasa Yang Sedap Dan Menyelerakan

iCookAsia

Mesti kadang-kadang pening nak makan apa untuk tengahari kan? Kalau buat Ayam Masak Thai ni pun sedap juga. Mudah dan yang penting, rasa dia sedap. Mesti puas hati dapat makan hidangan ini. Bertambah makan nasi lepas ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Farhana Nasir perkongsian resipi Ayam Masak Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Bawang putih

Cili api

Cili hidup

(Dikisar, nak tumbuk pun boleh)

Bahan B:

Bawang besar (Dihiris)

Serai (Diketuk)

Daun limau (Optional)

Sos tiram

Sos tomato

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan serai. Kalau ada daun limau purut pun boleh letak, hidangan akan jadi lagi sedap dan wangi.
  2. Kemudian, jika sudah pecah minyak, masukkan sos tiram dengan sos tomato. Perasakan.
  3. Masukkan bawang besar yang dihiris tadi.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Jangan terlalu garing, nanti akan jadi keras.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ayam Masak Thai(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x