Sekarang ini ramai sangat yang buat Donut, memang sangat sedap. Lagi best jika tekstur donut tersebut lembut dan gebu. Nak makan pun puas hati rasa. Kalau nak buat donut perisa lain pun boleh juga.
Jom try.
Terima kasih Che Azawimie Che Zahari untuk perkongsian resipi Donut ini 🙂
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 paket kecil yis
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Susu uht secukupnya
Perisa dan pewarna
Cara membuat:
- Mula-mula, campur semua bahan-bahan kering.
- Kemudian, masukkan ke dalam mixer dan uli lah sampai jadi doh.
- Susu tersebut masukkan sikit-sikit sahaja. Kalau rasa doh tidak melekat pada tangan. sudah dikira okay.
- Seterusnya, roll dan terapkan sahaja. Tidak perlu tunggu sehingga terlalu kembang.
- Selepas terap, baru rehatkan bg supaya ia kembang dalam anggaran 2 jam. Baru ia akan comel kembangnya.
- Akhir sekali, boleh gorengkan. Minyak jangan terlalu panas. Pastikan sentiasa kacau sewaktu menggoreng. Setelah siap menggoreng, gaulkan dalam gula kastor, gaulkan waktu ia masih panas supaya gula melekat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Che Azawimie Che Zahari(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity