Siapa di sini suka makan Rendang Ayam? Sedap kan dengan rasa nya yang memang boleh buat terliur. Hari ini, Admin nak share dengan anda semua satu resepi Rendang Ayam yang simple tanpa menggunakan kerisik tapi masih menghasilkan rasa yang sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zara Zyad Bundle perkongsian resipi Rendang Ayam Simple ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Ayam seekor (gaul garam kunyit dan goreng sekejap)
Asam jawa atau asam keping
Limau purut (hiris halus)
Daun kunyit (hiris halus)
Gula merah/garam/serbuk perasa
Santan
Bahan B (Kisar Halus):
Cili kering segenggam (basuh dan rebus sekejap)
Bawang besar/merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas (Lagi banyak lagi sedap)
Serai (lagi banyak lagi sedap)
Kunyit hidup
Cara membuat:
- Angkat ayam yang sudah siap digoreng tadi, buang minyak sikit dan tumis bahan kisar tadi.
- Apabila sudah agak pecah minyak, masukkan asam keping, agak-agak sahaja.
- Kemudian, letak gula merah, garam, serbuk perasa dan air asam jawa pekat.
- Seterusnya, masak ayam yang sudah digoreng tadi, kaup balik dan masukkan santan.
- Akhir sekali, perasakan, kalau rasa sudah okay, letak daun kunyit dan daun limau purut. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zara Zyad Bundle(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity