Teringin nak makan makanan yang simple, mengenyangkan tapi sedap? Boleh lah cuba resepi Telur Bungkus ini. Mudah sahaja cara untuk membuatnya dan confirm bertambah makan nasi. Admin pun terliur juga tengok ni,
Jom kita try.
Terima kasih untuk Jam Liah perkongsian resipi Telur Bungkus ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
50-60g daging cincang (guna daging kisar ramly)Â
Kacang panjang (1 batang)
4 hiris lobak merah (dipotong dadu)
Bawang besar atau bawang holland (separuh)
Seulas Bawang putih
2 biji telur
Bahan B (Sos):
1 susu makan semuanya
Sos cili
Sos tomato
Sos seafood atau tiram
Kicap manis
Cili kisar
Garam, gula, maggi cukup rasa (secukupnya)
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bawang dan masukkan semua inti seperti daging kisar, carrot dan kacang panjang.
- Campurkan kesemua bahan B tadi dan dicampur dengan 4 hingga 5 sudu besar air.
- Kemudian, boleh masukkan garam, gula dan maggi cukup rasa.
- Masak sehingga pekat atau kering dan ketepikan.
- Pukul 2 biji telur.
- Panaskan kuali dan pastikan betul-betul panas dengan api yang kecil sahaja. Minyak hanya sedikit sahaja. Lengserkan telur tadi supaya memenuhi seluruh kuali dan anggarkan muat untuk membaluti inti,
- Biarkan telur tersebut masak dan jangan terlalu kering.
- Letak inti di tengah-tengah dan tutup inti tadi.
- Akhir sekali, siap balut. Untuk keluarkan dari kuali, telangkupkan piring dan kemudian terbalikkan kuali perlahan-lahan. Boleh dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Jam Liah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity