Hidangan Roti Jala merupakan hidangan yang terkenal untuk dijual di gerai tepi jalan pada waktu petang. Ianya juga terkenal pada bulan Ramadan. Tetapi, tidak bermakna ianya tidak boleh dimakan pada Hari Raya kan?
Haa, sudah alang-alang musim PKP ini, marilah kita membuat hidangan yang sangat mudah ni. Bukan pada waktu petang je boleh makan, untuk sarapan pagi pun boleh. Jom cuba masak!
Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Roti Jala ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
2 sudu santan / susu segar
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning (ikut citarasa masing-masing)
Cara membuat:
- Blend semua bahan hingga sebati.
- Kemudian tapis dan boleh masukkan dalam acuan roti jala (botol muncung 3). Adunan ini sederhana pekat ya.
- Gunakan kuali non stick sahaja.
- Sudah masak, gulung seperti biasa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos