fbpx

Buat Sekali Mesti Nak Lagi, Resepi Sambal Nasi Lemak Yang Memang Terasa Padunya

iCookAsia

Rakyat Malaysia dan Nasi Lemak memang tak boleh dipisahkan. Lagi nikmat makan kalau sambal nasi lemak tersebut sedap dan padu rasanya. Kalau nak buat sendiri pun boleh tau, cuba ikut resepi Sambal Nasi Lemak ini. Mesti bertambah makan.

Terima kasih Siti Zubaidah Hassan untuk perkongsian resipi Sambal Nasi Lemak ini 🙂

Bahan- bahan:

1/2 kg cili kering-anggaran (basuh dan rebuskan)

2 genggam ikan bilis-anggaran

Bawang besar (Kisar-letak banyak lagi sedap)

Bahan-bahan di atas agak-agak sahaja mengikut banyak mana nak buat sambal

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan cili kering bersama ikan bilis sampai hancur.
  2. Kemudian, tumiskan sampai garing.
  3. Masukkan pula bawang dan tumis lagi lama sampai bawang betul-betul masak dengan api sederhana.
  4. Akhir sekali, masukkan gula atau gula melaka kalau suka. Boleh guna gula biasa sahaja juga. Letakkan asam jawa, garam dan sedikit perasa kalau suka.

Tips:

  1. Guna api sederhana dan masak lama untuk hasil yang bagus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Zubaidah Hassan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x