fbpx

Buat Sendiri Apple Pie, Guna Pastry Segera. Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Ada yang craving apple pie? Biasa kita dapatkan di Kedai Bakery atau Kedai Roti je kan? Musim PKP ni pun, risau pula kalau selalu beli makanan di luar. Jadi, jom buat sendiri. Lagi banyak dapat, sedap-pun sedap.

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Apple Pie ini 🙂

Bahan-bahan inti:

2 biji epal hijau

1/4 cawan gula perang (kurang atau lebih ikut citarasa sendiri)

1 sk serbuk kulit kayu manis

1 sk serbuk buah pala

½ cawan air

Cara membuat:

  1. Buang kulit epal dan potong dadu. Masukkan epal ke dalam periuk. Masukkan gula perang, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan air. Rebuskan.
  2. Tunggu sehingga epal lembut, masukkan tepung jagung (1 sudu teh tepung jagung+bancuh bersama sedikit air) 
  3. Biarkan pekat, padam api dan biarkan sejuk.
  4. Keluarkan kulit pastri dari peti sejuk. Ambil sekeping kulit pastri letak inti epal.
  5. Tutup dan tekan kelilingnya dengan garfu. Buat hingga habis.
  6. Kelar bahagian atas pastri dan sapu kuning telur diatasnya sebelum bakar.
  7. Bakar dalam air fryer suhu 170 selama 10min atau sehingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x