fbpx

Buat Sendiri Roti John Di Rumah. Boleh Lebihkan Inti Dan Sos. Baru Puas Makan. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Roti John antara hidangan yang paling popular pada bulan Ramadan. Pelbagai gerai yang jual, tetapi pasti ada beza dalam cara masakan dan penyediaan bagi setiap gerai. Kita yang tengok pun pasti tidak tahu nak pilih dan beli yang mana kan? 

Haa, kalau susah nak jumpa betul-betul sedap. Apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Boleh jadikan aktiviti memasak Roti John ini bersama anak-anak lebih-lebih lagi, si anak teruna yang gemar akan Roti John. Apa tunggu lagi, jom masak!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Roti John ini 🙂

Bahan-bahan:

Roti 

2 keping daging burger Ayam atau isi ayam

Mayonis

Sos Cili

Secubit Gula

Sayur campur, kubis dan salad

Marjerin

2 sudu besar pes Cili kering yg di blend

2 biji telur

Perasa (optional)

Cara membuat:

  1. Masukkan marjerin dan tumis pes Cili kering. Masukkan sos Cili. Kemudian, masukkan daging burger, hancurkan dalam kuali. Masukkan sedikit air dan sukkan mayonis.
  2. Selepas itu, masukkan Sayur kecuali salad. Masukkan sedikit gula dan secubit perasa.
  3. Apabila daging sudah masak, tutup api.
  4. Kemudian, roti dibelah dua. Pecah kan telur. Tuang atas nonstick. Tekapkan roti dan apabila sudah masak, terbalikkan. Bakar roti di bahagian bawah pula.
  5. Masukkan inti ditengah, boleh masukkan salad. Paipkan sos Cili Dan mayonis

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x