fbpx

Buat Sendiri Solok Lada Ni. Baru Puas Makan Dengan Nasi Kerabu.

iCookAsia

Ada yang gemar dengan hidangan Solok Lada ni? Bila makan diluar hidangan ini bersama Nasi Kerabu, atau Kari Daging dan Asam Pedas Melaka memang puas betul. Tapi lebih puas, bila kita sendiri yang buat di rumah. Dapatlah kita pilih besar mana yang kita nak, dan intinya banyak mana. Puas betul! Jom buat sendiri.

Terima kasih Rozmaliza Omar untuk perkongsian resipi Solok Lada ini 🙂

 Bahan-bahan:

6-7 ekor ikan selayang

2 genggam kelapa muda parut

3 ulas bawang merah

1/2 inci halia

1 sudu teh lada hitam 

1 cawan santan

1 sudu teh garam

1 sudu besar gula 

6-7 biji cili hijau muda

Cara membuat:

  1. Lada muda dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan.
  2. Siang ikan, amik isi dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
  3. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam dan gula. Gaul rata. Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa lada hitam.
  4. Sumbat masuk bahan-bahan solok kedalam cili. Biar padat dan montel baru puas hati makan.
  5. Susun solok dalam periuk yang dasar nya dialas dgn kacang panjang atau pucuk ubi kayu. Curahkan santan sederhana pekat. 
  6. Guna api kecil dan tutup periuk. Didihkan sampai santan kering. Solok masak bila cili bertukar warna.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x