Jika punya ahli keluarga yang ramai, memang kena fikir berkali-kali sama ada berbaloi atau tidak untuk makan di luar. Sebenarnya ramai yang mengakui hakikat masak sendiri di dapur lebih berbaloi baloi dan puas, cuma perlu kena ada kerajinan dan usaha yang lebih. Hasilnya lebih meriah, seperti makan lambak atau shell out yang dikongsikan هان نضيرا
Bahan :
Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Cara :
- Cuci bersih dan didihkan air bersama sedikit garam dan daun kunyit.
- Rebus secara berasingan. Ketepikan.
Sayuran :
Jagung manis – poton 3
Brocoli
Cara :
- Semua sayuran dicelur. Didihkan air bersama sedikit garam dan celurkan brokoli.
- Rebus jagung manis sehingga empuk.
Bahan rempah :
20 tangkai Cili kering – buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu Bawang besar
15 ulas Bawang merah
2 labu Bawang putih ( 10 ulas )
1 inci Halia
1 inci Belacan
5 tangkai Daun kari
8 batang Serai – boleh lebihkan
Minyak untuk menumis
Cara :
- Satukan semua bahan bersama air dan kisar halus.
Bahan Perasa :
3 sb Sos tiram
3 sb Sos ikan
1 sk Serbuk lada hitam
Garam
Gula – lebihkan gula sebab lebih manis lebih sedap
Cara :
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai garing. Masak lama sedikit supaya cili garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi.
- Kemudian masukkan bahan perasa. Mulakan dengan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , dan gula. Kemudian baru masukkan garam. Berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan sudah masin. Biarkan kuah mereneh sebentar.
- Angkat dan masukkan ke dalam periuk lain.
- Satukan semua bahan utama dalam kuali dan curahkan kuah ke atasnya. Masak di atas api kecil sehingga kuah meliputi ke semua bahagian seafood.
- Jagung dan brocolli tidak perlu dimasukkan sekali. Tapi boleh juga jika nak masukkan sekali sebab nak bagi jagung dan brocolli disaluti dan diserap kuah.
- Hidangkan bersama nasi panas.
Kredit resipi & foto : هان نضيرا
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/