Waktu tak sihat, makan Sup Ayam paling best. Rasa segar badan dengan sup yang cukup rasa dan sesuai untuk demam atau selsema. Ada menu ini sahaja sudah cukup. Hirup panas-panas memang lega rasa.
Jom try.
Terima kasih Mdm Kelly untuk perkongsian resepi Sup Ayam ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A:
1/2 ekor ayam cuci bersih
Bahan B (Untuk Tumis):
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Halia
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
Bahan C:
2 sudu serbuk perencah sup
Kiub ayam
Ubi kentang
Lobak merah
Daun sup
Cara Membuat:
- Mula-mula, tumis bahan B sehingga garing.Â
- Kemudian, masukkan air dan ayam. Biar hingga mendidih dan ayam empuk.Â
- Masukkan pula perencah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan kiub ayam. Masukkan garam.Â
- Seterusnya, masukkan ubi kentang, biar hingga empuk.Â
- Akhir sekali, baru masukkan lobak merah. Taburkan daun sup.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mdm Kelly(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity