Bahan-bahan
400 g ayam
1 cawan beras
1 inci halia muda dihiris halus
minyak bijan
serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Cara membuat
1. Pertama sekali, gaulkan ayam bersama garam, serbuk lada sulah dan minyak bijan. Setelah itu, perap seketika.
2. Kemudian, panaskan air. Apabila mendidih, masukkan ayam yang diperap tadi dan didihkan selama kira-kira 6 minit. Selepas itu, kecilkan api dan renehkan selama 30 minit.
3. Keluarkan ayam dan carik-carikkan dagingnya. Tulangnya tidak perlu dibuang. Ia boleh dimasukkan semula untuk memasak bubur.
4. Selepas itu, campurkan minyak bijan kepada daging ayam tadi, diikuti dengan serbuk lada sulah dan garam. Gaul hingga semua bahan sebati.
5. Teruskan dengan memasukkan garam ke dalam stok ayam dan diikuti dengan serbuk lada sulah. Kacau sebati dan masukkan beras.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan halia, kacau dan biarkan hingga masak. Bubur ayam ala cina enak dihidang bersama daging ayam, hirisan halia serta kicap cili.