fbpx

Bubur Santan, Cara Orang Dulu-Dulu. Sedap Di Makan Dengan Gula Melaka Atau Gula Merah.

iCookAsia

Dikatakan hidangan buat yang sedang berjimat-cermat. Selain bubur nasi yang biasa, hidangan Bubur Santan ini juga menjadi kegemaran ramai pada zaman dulu. Buat orang-orang lama, pastu tahu akan cara hidangan ini. 

Kalau biasa makan bubur Nasi biasa je, jom cuba Bubur Santan ini pula. 

Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Bubur Santan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 pot kecil beras

7-8 cawan air (ikut brand dan jenis beras)

250ml santan

Sedikit garam

Gula pasir/gula merah

Cara membuat:

  1. Basuh beras dan bilas hingga bersih. Masak bersama air sehingga kembang.
  2. Perlahankan api, masukkan santan. Masak hingga mendidih dan sedikit pekat. 
  3. Masukkan garam. Kacau-kacau dan masak sebentar. Tutup api. Biarkan sejuk.
  4. Hidangkan dan bolehlah dinikmati bersama gula pasir atau gula merah/melaka. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x