fbpx

Bukan Karipap Biasa, Ini Dia Resepi Karipap Bergedil.

iCookAsia

Dah bosan makan tauhu bergedil dan popia bergedil, sekarang kita cuba pula Karipap Bergedil. Lain dari yang lain kan. 

Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Karipap Bergedil ini 🙂

Bahan-bahan:

Kulit karipap:

¼ cawan minyak

1 sudu besar marjerin

2 cawan tepung gandum

1 sb tepung beras

1 sb tepung jagung

Secubit garam

Inti Bergedil:

4 biji kentang

Bawang goreng (ditumbuk)

Ikan bilis (goreng dan tumbuk)

Daun sup (dicincang)

Lobak merah (sagat halus)

Cili padi (dicincang)

Lada hitam (tumbuk halus)

Garam

Cara Buat Inti Bergedil:

  1. Goreng dan lenyek kentang sehingga lumat.
  2. Sebatikan semua. 

Cara Buat Karipap:

  1. Panaskan minyak dan marjerin. Tuangkan ke dalam tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dan garam. Gaul rata guna senduk.
  2. Tuangkan air sejuk secukupnya. Uli dan rehatkan selama 30 minit.
  3. Canaikan doh, letak inti, kelim dan goreng sehingga masak.

Goreng karipap ini menggunakan SHEFU 28cm Ceramic Marble Coating Wok untuk hasil yang lebih cantik.

Hidangkan bersama sambal kicap untuk rasa yang lebih sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x