fbpx

Bukan Puding Roti Biasa. Ini Puding Roti Pandan Special, Dengan Menggunakan Air Fryer. Sedap…

iCookAsia

Kebiasaanya, Puding Roti ini hanya digandingkan dengan Sos kastard dan puding roti pun hanya yang basic sahaja. Betul tak? Tetapi, tidak kepada seorang pengguna Facebook ini dimana beliau membuat Puding Roti Pandan. Bukan itu sahaja, beliau berkongsikan cara membuatnya pula dengan menggunakan Air Fryer. 

Dah la resepi istimewa dan baru. Guna pula perkakas dapur yang paling mudah. Jom cuba!

Terima kasih Nanee Sidek untuk perkongsian resipi Puding Roti Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan santan

1/2 cawan gula

1 biji Telur 

3 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

Pewarna hijau dan perisa pandan

Garam secukup rasa

4 keping roti gardenia (dikoyak)

Bijan / badam untuk tabur

Cara membuat:

  1. Blend bahan di atas dan tuang atas roti. Tekan-tekan sikit roti tu supaya tenggelam. 
  2. Bakar pada suhu 160C 10-15 minit sampai garing. Ikut selera dan suhu  Air Fryer masing-masing. 

*Resipi ni untuk loyang 6 inci. Kalau nak buat banyak boleh gandakan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nanee Sidek (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x