Pencuci mulut yang enak ini, iaitu Buko Pandan berasal daripada Filipina. Ia menjadi kegemaran ramai kerana ianya berasaskan kelapa dan membuatkan rasanya sangat sedap. Dan apabila sesuatu resipi itu mempunyai pandan, sudah tentu masakannya akan menjadi wangi dan sesetengahnya berwarna hijau. Jadi jom cuba resipi yang lemak berkrim ini?
Terima kasih Wardah Saufi untuk perkongsian resipi Buko Pandan ini 🙂
Bahan-bahan:
Agar-agar
Pewarna hijau
Daun pandan
Gula
Air kelapa
Susu pekat
Susu cair
Nata de coco
Isi kelapa muda
Sagu putih
Cara membuat:
- Masak agar agar bersama air, 2 helai daun pandan, sedikit pewarna hijau dan sedikit gula. Biarkan sejuk dalam peti.
- Masak sagu putih. Yang ni biar sagu tu bersinar elok.Â
- Masukkan air kelapa, susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.
- Masukkan agar-agar hijau, sagu, isi kelapa muda dan nata de coco.
- Akhir sekali, masukkan ketulan ais.Â
Siap untuk dihidang! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wardah Saufi (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/Â