fbpx

Buttermilk Spaghetti, Dinner Paling Simple Tapi Sedap Sangat.

iCookAsia

Kadang kala tidak perlu menu yang berat sebagai hidangan makan malam, jika kena dengan tekak, menu yang simple pun mampu membuka selera.

Dan jika tiada idea, apa kata cuba resipi yang dikongsikan Liya Banks, Buttermilk Spagheti. Nampaknya penyanyi Jiwa Dan Raga ini bukan sahaja punya suara yang cukup merdu, malah cukup bijak menambat hati keluarga dengan air tangan yang cukup menyelerakan.

 

Bahan :

Spaghetti – rebus sampai lembut

3 sb Butter

3-4 ulas Bawang putih – cincang

Daun kari

7 biji Cili padi – ikut selera masing-masing

Cendawan – pilihan

Sotong

2 cawan Susu cair

Garam

Gula

Cuka

Tepung jagung – bancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

 

Cara :

  1. Panaskan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari dan cili padi.
  2. Masukkan pula cendawan dan sotong. Tumis sotong sebentar dan masukkan susu cair, garam, gula, cuka dan tepung jagung.
  3. Apabila kuah sudah pekat, masukkan spaghetti dan gaul sekata.
  4. Akhir sekali, taburkan chilli flakes. Jika tiada tidak mengapa.

Kredit resipi & foto : Liya Banks

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x