fbpx

Campuran Kicap Dan Tom Yam. Maka Jadilah, Ikan Masak Kicap Tom Yam Ini. Sedap Je Sebenarnya.

iCookAsia

Masakan Tom Yam, dan Kicap ini memang sangat popular. Cara nak memasak pula, memang sangat mudah. Kalau orang dah PRO ni, mesti masak pun kurang dari 30 minit kan? 

Okay, disebabkan masakan Tomyam terlalu mainstream, jadi makan terhasil lah, resipi campuran seperti perkongsian seorang pengguna Facebook ini, iaitu Ikan Masak Kicap Tomyam. Admin pun tertanya-tanya jugalah rasanya bagaimana. Jadi kalau anda nak tahu juga, jom la try masak!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Ikan Masak Kicap Tomyam ini 🙂

Bahan-bahan:

Isi ikan

3 sudu besar pes cili kering yang di kisar

1 sudu besar sos cili

2 helai daun limau purut

1 helai daun ketumbar jawa

Air

Gula

Garam

Kicap

1 cm halia

1 batang serai

Cara memasak:

  1. Gaul ikan dengan garam kunyit. goreng masak. Angkat ketepikan.
  2. Tumis halia, serai, pes cili kering dan sos cili dengan sedikit minyak. Masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air. Tunggu hingga mendidih. Masukkan daun-daun.
  4. Masukkan ikan. Apabila kuah agak pekat. Masukkan sedikit gula dan garam secukupnya. Masukkan sedikit kicap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x