fbpx

Cantik Elok Rupa Dan Warnanya. Ikut Step-By-Step Resepi Ini, Confirm Laksam Anda Menjadi Dan Sedap.

iCookAsia

Laksa atau Laksam? Tidak mengapa, tidak perlu pilih sebab hari ini perkongsian resipi yang sudah lama tetapi masih valid untuk dibuat di rumah. Ini dia, resipi Laksam yang anda sendiri akan buat daripada awal. Orang puteh kata, made from scratch. Haa.. jom cuba. Dah PRO nanti baru rasa best dan pandainya kita masak. Hehehe…

Terima kasih Tahrunnisah Jali untuk perkongsian resipi Laksam ini 🙂

Bahan untuk membuat Laksam (12 gulung):

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

Sedikit garam

4  ¾ cawan air suam

3 sudu besar minyak masak

Caranya:

  1. Campur semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan periuk kukusan dan sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak.
  3. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam loyang atau tudung periuk. Jangan tebal, jangan nipis. “Agak-agak dan kalau saya guna 3 senduk setiap adunan.” Kukus dalam 5 minit.
  4. Angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dengan air paip supaya sejuk.
  5. Guna hujung sudu atau benda yang boleh cungkil laksam ini keluar dari loyang. Terus gulung dari loyang tersebut hingga habis.
  6. Kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis.

Bahan untuk membuat kuah laksam (6 orang makan):

3 ekor ikan kembung (dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je)

 

*air rebusan ikan jangan buang. Digunakan untuk kuah nanti.

 

2 biji bawang sederhana besar

2 ulas bawang putih.

Sedikit halia

1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus

Sedikit belacan

1/2 periuk santan pekat (agak-agak 6 org makan + tambahan)

Garam secukupnya

Gula secukupnya

2 keping asam gelugur

Caranya:

  1. Ikan yang direbus, diambil isinya sahaja dan air rebusan.
  2. Bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecil.
  3. Belacan dan di kisar bersama-sama dengan isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan ke dalam pengisar tadi supaya senang kisaran.
  4. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang ada santan tadi. Masukkan baki air rebusan ikan.
  5. Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak hingga mendidih dengan api sederhana.

Bahan-bahan lain:

Ulaman

Kacang panjang

Timun

Tauge

Kobis (semuanya dihiris halus)

 

Belacan bakar (jika suka masukkan kedalam laksam)

 

Sambal lada

Sedikit belacan

Lada merah

Cili api merah

Garam sikit  (semuanya kisar/tumbuk halus)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tahrunnisah Jali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x