Murtabak Maggi ini antara cara hidangan kalau dah bosan dengan maggi instant biasa tu. Senang sahaja. Ada juga yang buat sebagai jualan juga. Ha, disini Admin kongsikan cara yang lebih sedap untuk menikmati Murtabak Maggi anda.
Mengikut pada seorang pengguna Facebook ini, beliau menggunakan cara seperti Nasi Goreng Pattaya. Ala, balut telur tu… Ha, nak tahu rasanya jom cuba!
Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Murtabak Maggi ini 🙂
Cara penyediaan:
- 2 paket Maggi kari, direbus sekejap. Apabila sudah lembut, angkat dan toskan.
- 2 biji telur, bancuh dengan 1 paket perencah. Pukul-pukul dahulu. Tuang dalam Maggi yang ditos tadi.
- Guna kuali Non-stick, masuk sikit sahaja minyak. Tuang maggi dalam kuali.
- Tekan-tekan sedikit untuk bagi ia sama rata. Tak perlu dibalik-balikkan.
- Ambil pinggan dan tonggeng je kuali dan masuk kedalam pinggan. Ketepikan sekejap.
- Seterusnya, ambil lagi 2 biji telur dan pukul.
- Masuk 1 paket lagi perencah dan pukul-pukul sekejap.
- Panaskan kuali dan tuang telur dalam kuali. Ratakan telur pada kesemua permukaan kuali dan biarkan seketika. Hingga telur masak.
- Masuk maggi tadi dan buat macam nasi goreng pattaya.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/