fbpx

Cara Buat Acar Timun, Ringkas Dan Mudah. Yang Penting Sedap!

iCookAsia

Pernah tak anda dengar mengenai Acar Timun? Selalu nya kita makan dengan nasi minyak. Memang sedap. Tapi kalau anda makan dengan ikan goreng bersama nasi panas pun best juga. Boleh lah cuba resepi ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Noorhafizah Ismail perkongsian resipi Acar Timun ini 🙂

Bahan-bahan:

Cili kisar

Bawang blend (bawang besar dan bawang putih)

Cuka

Bawang besar (boleh letak jika suka)

Perasa

Cara membuat:

  1. Tumiskan cili dan bawang kisar sehingga garing.
  2. Masukkan air dan agak-agak sahaja jika nak pekat kuah letak air sikit agak-agak sahaja.
  3. Masukkan cuka, garam, gula dan ajinomoto. Untuk cuka boleh letak sikit-sikit dulu mengikut tahap kemasaman yang anda suka.
  4. Kemudian, boleh masukkan bawang besar potong-potong dalam acar tersebut.
  5. Jika agak-agak sudah lembut timun itu, boleh tutup api.
  6. Sedap dimakan bersama ikan goreng panas-panas atau telur dadar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noorhafizah Ismail(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x