Sekarang ini cuaca tidak menentu. Tapi pada waktu petang sahaja confirm hujan kan. Jadi, Admin nak kongsikan satu resepi hidangan Air yang sangat lazat dan menyelerakan. Sedap diminum pada musim panas dan juga musim sejuk atau hujan.
Ini dia Air Jagung daripada seorang pengguna Facebook. Nak lebih lazat, anda boleh tambahkan Jagung Manis yang dalam tin tu sebagai topping. Uish, padu betul rasanya!
Terima kasih Suhasnida Ismail untuk perkongsian resipi Air Jagung ini 🙂
Bahan- bahan:
3 tbsp sirap jagung
1/2 tsp sirap rose
2-4 tbsp susu pekat
2 tbsp susu cair
Secubit garam
Air panas
Ais
Cara membuat:
- Bancuh kesemua bahan.
*Kalau nak kisar pun boleh.
- Tambah ais ikut suka.
*Tambah jagung manis dalam tin, ikut suka.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Suhasnida Ismail (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos