Kalau teringin nak makan Apam Balik, boleh buat sendiri sahaja. Senang sahaja tau dan yang paling penting, boleh letak inti banyak-banyak mengikut kesukaan masing-masing, sedap dan lembut pula tu. Buat makan petang-petang pun best n.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zaimah Zakaria perkongsian resipi Apam Balik Homemade ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 1/2 cawan air
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla (Boleh tambah)
Bahan B (Untuk Inti):
Jagung krim
Gula
Kacang tanah (Ditumbuk kasar)
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan air ke dalam pengisar.
- Seterusnya, masukkan bahan-bahan A di atas.
- Pastikan untuk kisar sehingga sebati kesemua bahan tersebut.
- Masukkan 1 senduk besar dalam kuali non-stick.
- Seterusnya, taburkan kacang tanah, gula dan jagung.
- Akhir sekali, apabila sudah masak, lipat dua apam balik tadi dan angkat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zaimah Zakaria(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity