fbpx

Cara Buat Ayam Bakar Yang Sedap Hingga Menjilat Jari. Makan ½ Ekor Seorang, Memang Puas.

iCookAsia

Siapa sangka, nak sediakan hidangan Ayam Bakar ala-ala BBQ sebenarnya sangat simple. Kalau dapat Ayam Bakar ni, makan dengan apa-apa pun sedap. Makan dengan Nasi Putih panas-panas, spaghetti, atau ratah begitu sahaja dengan sos pilihan sendiri pun dah sedap dan puas. Apa tunggu lagi? Jom cuba!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Ayam Bakar ini 🙂

Bahan-bahan:

½ ekor ayam (dipotong dua)

2 inci halia

6 ulas bawang putih

Sos tiram Maggi secukupnya

Madu secukupnya 

Maggi Cukup Rasa atau secukupnya

Lada hitam secukupnya (ditumbuk kasar)

2 biji ubi kentang (dibelah dua)

1 batang karot

Tomato

(sayur ni terpulang pada anda, nak masukkan apa)

Sedikit minyak zaitun

Cara penyediaan:

1. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus.

2. Dalam baking tray, lumurkan ayam dengan bahan tumbuk, lada hitam, maggi cukup rasa, madu, sedikit minyak dan garam.


3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul sekali dengan bahan perapan.

4. Perap selama 30 minit ke satu jam.

5. Bakar pada suhu 200° selama 50 minit. Suhu bergantung pada oven memasing.


5. Pada 25 minit terakhir, balikkan ayam.

6. Pada 10 minit terakhir, sapukan madu pada permukaan ayam. Hasilnya, permukaan ayam akan lebih menarik.

*Semasa menghidang, keluarkan kuah yang terhasil. Jadikan sebagai sos pencicah untuk makan bersama ayam. 

*Boleh juga gaulkan sedikit kuah dengan spaghetti. Makan bersama ayam. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x