fbpx

Cara Buat Bebola Daging Atau Pentol Sendiri Di Rumah, Buat Makan Dengan Bakso

iCookAsia

Perkongsian resipi bebola daging kali ini cukup menyentuh hati. Jelas Ummu Zara, resipi ini dititipkan khas buatnya daripada seorang rakan dari Surabaya yang kini sudah pergi ke alam abadi.

Katanya, dia dan suami cukup gemarkan pentol atau bebola daging yang dibeli daripada seorang pekerja pembersihan yang dikenali sebagai Ida di tempat kerja. Setelah bertahun menjadi pelanggan setia, pada 2017, sewaktu datang berkunjung untuk beraya, arwah secara tiba-tiba mengajarkan resipi membuat pentol.

“Alhamdulillah, hari ini dpt daging korban..buat bakso plak..pentol pun sy buat sendiri. Klu buat pentol ni mengingatkan saya pada si pemberi resepi.

“Suami dan anak mmg suka sgt makan pentol/bebola daging..dlu sy selalu beli dgn cleaner tempat kerja sy..bila dah beli dgn dia, x nak da beli bebola daging kat luar..sedap dan murah pulak tu.

“Bertahun2 jga beli dgn dia..sehingga 2017, sy dtg beraya rumah dia..tiba2 dia ajar saya buat pentol..sy sempat berseloroh dgn dia, dah x sudi ke jual kat saya tapi dia senyum je..

“Hari raya ke 15 dia balik kampung di Surabaya, ..katanya nak cuti 3 bulan…selepas 3 hari dia balik, terkejutnya saya bila kat status nya ; al-fatihah buat isteriku ida..

“Ya Allah, patutla arwah Ida beria nak ajar sy buat pentol seolah2 beliau mengetahui akan pergi buat selamanya. Al fatihah buat arwah Ida.”

 

Bahan pentol/bebola daging :

1/2 kg Daging

Tepung sagu atau ubi kayu

Serbuk perasa daging (saya guna masako)

Lada sulah

Garam

1 biji Putih telur

10 ketul ais

Pengenyal bakso (boleh dibeli di pasar Chow Kit atau secara online)

 

Cara :

  1. Kisar daging dengan lima ketul ais. Jika tidak boleh bergerak, masukkan sedikit air, jangan banyak sangat. Kemudian tambah lagi lima ketul ais dan kisar sehingga halus.
  2. Keluarkan daging dan campurkan putih telur, garam, serbuk perasa daging dan sedikit lada sulah. Gaul sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga daging tidak melekat di tangan.
  3. Didihkan air dan tutup api. Langkah ini kena berhati-hati. Air jangan mendidih sangat, jika mula mendidih, terus tutup api.
  4. Bulat-bulatkan dengan cara keluarkan daripada celah jari antara ibu jari dan jari telunjuk, dan masukkan ke dalam air tadi.
  5. Selepas masukkan daging, baru buka api perlahan. Pentol akan terapung apabila sudah masak.
  6. Apabila hidangkan, kukus kembali pentol tadi.

Al-Fatihah dan semoga perkongsian ini memberi manfaat dan kebaikan kepada arwah Ida di sana.

Kredit resipi & foto : Ummu Zara

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x